Sunday, 8 May 2016

please note that

dear myself n society.

1) menggelakkan/memalukan/membuat lawak keatas orang yang tak sempurna akal itu akan membuatkan kau nampak lagi cacat akalnya.
2) berlaku talam dua muka adalah sama sekali perkara yang akan membuatkan kau persis seekor tapir. Adalah sangat sedih bila orang yang kau sangka baik dengan kau, tapi belakang kau, dia kutuk baik punya. Hmmm
3) kalau ye pun nak menegur, buatlah cara baik. Jangan sampai cara kau tu membuatkan orang lagi nak jadi jahat.
4) janganlah kau busuk hati sangat dengan orang yang lebih dari kau sampai kau sebar cerita bukan-bukan. Kesian-kesian dia, kesian lagi aku tengok kau.
5) janganlah kau buat group “anti-seseorang” yang kau tak kenal pun, tapi sebab kawan-kawan kau yang lain buat, kau pun nak ikut serta. Persis kerbau yang ditindik hidungnya.
6) jadilah manusia yang berprinsip. Malulah sekiranya dalam hati itu terlalu banyak perkara yang menggelapkan. Hmmmm
7) kalau nak melawak tak kena tempat, pergi join sarkas. Kalau setiap masa nak kau jadikan senda gurauan, tak boleh jugak bro.
8) walaupun kau rasa kau hebat, sekurang-kurangnya janganlah kau caci yang dibawah. Apalah salahnya kau ajarkan pada dia cara-cara menjadi hebat seperti kau. Adapun begitu, lebih berkualitilah masyarakat kita nanti.

Itu sahaja kot yang aku nak tekankan pada pagi buta ini. Semuanya berdasarkan pengalaman aku. Harap-harap, dapatlah dijadikan panduan dan sempadan.

Sekali lagi aku tekankan,

No comments:

Post a Comment