Friday, 20 May 2016

Buat kamu

Aku menulis ini adalah buat kamu yang pernah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Sebenarnya jujur aku cakap dulu memang tiada sedikit pon perasaan pada kamu tetapi apakan daya aku tidak mampu untuk melawan firah naluri semulajadi pada diriku. Sunguh aku sangat mencintai kamu setulus hatiku. Aku tidak sedar bila aku mencintaimu sesungguhnya tanpa sedar.Aku sedar apabila kau ditawarkan ke sekolah berasrama penuh dan aku rasa sungguh terkilan dan mulai hari itu aku bertekad untuk pulun habis habisan untuk melanjutkan pelajran aku di sekolah berasrama, sekolah yang dianggap hanya untuk pelajar cemerlang.tetapi sangkaanku tidak tepat sama sekali.

Pada masa dahulu aku kagum dengan sikapmu, peribadimu, akhlakmu. Namun itu semua hanya aku lihat dari jauh. Aku masih belum kenal siapa diri kamu yang sebenar. Percaya atau tidak aku pernah menjadikan kamu idola dalam hidupku kerana apabila aku melihat kamu ia mampu memberikan semangat dalam hidupku.Tetapi itu dahulu.Hari demi hari perasaanku kepadamu semakin pudar dan sememangnya aku realise bahawa cinta waktu persekolahan hanya lah rubbish semata-mata.

Sungguh menyedihkan tetapi hari ini perasaanku kepadamu segar semula seperti mana aku menyukaimu pada waktu dahulu. Aku sendiri tidak tahu mengapa ianya terjadi.ia bagaikan mimpi buruk dalam hidupku. Memang tidak dinafikan sehingga ke hari ini aku masih menyukaimu.tetapi hanya mampu menitipkan doa buatmu seandainya kamu jodohku maka satukanlah hatinya dengan hatiku kalaulah. 

Tetapi apabila aku melihat kehidupan kamu hari ini aku tidak layak untuk menyukaimu dan aku sedar bahawa aku ini hanya tenggelam dengan perasaanku semata-mata. Kamu desrve better seriously i cakap. you desrve better. it was like waste my time fikir pasal kamu yang tidak pasti dan mulai hari ini aku akan move on dengan meneruskan perjuangan hidupku. Aku harap kamu bahagia dengan hidupmu dan aku juga bahagia dengan hidupku, sesungguhnya aku sedar bahawa kebergantungan harap pada manusia adalah sia sia.kembalilah pada Allah yang sedia mendengar keluh kesah hatimu.cintailah Allah dengan sepenuh hati.cinta rasul ibu bapa diri sendiri dan sterusnya cintalah kepada manusia.

Teima kasih untuk hal yang telah berlalu.

No comments:

Post a Comment