Al-Kahfi :46
ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱلۡبَـٰقِيَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابً۬ا وَخَيۡرٌ أَمَلاً۬
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan
amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu
sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”
Sempena jumaat yang barakah, aku mahu berkongsi apa yang aku dapat dari ayat ini. it is just how my brain digest it and what myself benefit from it. Dont get me wrong for trying to give “ajaran sesat”. It is just me, my brain, and my heart, trying to pour things out so that it wont become stagnant.
Pada ayat 46, jelas kita dapat faham ayat ni. Mudah. Sejumud mana pun manusia tu, dia mesti dapat faham such glorious words of Allah, dengan sekali baca je. Dunia; harta, anak-anak, kereta Lamborghini Aventador, rumah agam 35 bilik 7 tingkat, slip gaji yang tertera lebih 5 angka sebulan, cerut RM387 sekotak, rantai emas 75kg sekalipun, tak sikit pun dapat tolong kau disana nanti. Semuanya adalah perhiasan dunia. Picisan sahaja.
Tidak pula bagi amal kebajikan. Sekecil zarah sekalipun; senyum kat makcik jual nasi lemak depan rumah kau, derma 10sen kat kawan kau yang tak cukup duit nak beli aiskrim Paddlepop, tolong kutip sampah berterabur atas lantai rumah jiran kau punya saudara yang bau-bau bacang je, apa apa sahajalah small deeds yang kau boleh fikirkan, itulah yang dapat menolong kau disana nanti.
Tapi persoalannya sekarang adalah KITA! Nak bagi kertas sehelai kat kawan pun kita berkira-kira. Nak kasi pinjam RM1 buat adik beli roti bai pun kita dah mendengus kuat. Mak suruh tolong tutup suis kipas pun kita dah “alaaaaaaaa”. nyai suruh tolong buang sampah sewaktu kau sedang berselera menjamah asam pedas mak kau pun kau dah kata “ishhh nyai ni kacau mood orang nak makan betul lah. Putus suap tau tak?!”. Aku tahulah. Sebab contoh contoh tu semua aku.Macam mana?
No comments:
Post a Comment